Saturday, April 21, 2007

RM20 ribu tawar masuk Umno

DALAM Utusan Malaysia hari ini, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata lima puluh ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) masuk Umno. Tidak dijelaskan dari kampung mana di Dun Ijok ini ahli-ahli AMK itu berasal.



Saya bersama team Keadilan Johor berada di kampung Jaya Setia. Bilik Gerakan Keadilan semalam petang berpindah, karena tuan tanah yang bekerja kerajaan diugut akan dipindahkan ke Sarawak kalau dia masih mengizinkan tanahnya digunakan jadi bilik gerakan kami.


Tidak jauh daripada Bilik Gerakan Keadilan itu adalah Bilik Gerakan Umno. Bukan satu. Ada dua. Dekat-dekat sahaja antara satu. Menurut penduduk kampung, Umno Jaya Setia pecah sudah lama. Ada dua cawangan. Satu cawangan dikuasai ketua kampung, dan satu lagi adalah lawan kepada ketua kampung ~ yang dengarnya mahu jadi ketua kampung.


Umno berpecah, dan Keadilan diugut. Kami tidak punya pilihan, dan bilik gerakkan kami berpindah ke halaman rumah seorang ahli Pas, kira-kira setengah batu daripada tapak lama.

Dalam Pilihanraya lepas, Keadilan menang di Jaya Setia dengan lebih lima puluh undi. Umno-BN tahu, mereka perlu gempur kampung ini. Jentera Pemuda BN (Melayu; tentunya dari Umno) diletakkan di sini dengan kekuatan luar biasa. Poster ditampal sebanyak-banyaknya.

Pemuda kampung, masih ramai yang bersama Keadilan. Waktu bercakap dengan mereka, kata mereka, bukan soal duit mengapa mereka menyokong Keadilan.


Malam kelmarin sahaja, ada usaha untuk membeli ahli Angkatan Muda Keadilan seramai empat belas orang dengan harga RM20 ribu. Kalau dibahagi-bahagi setiap seorang dapat sekitar lebih seribu ringgit. Ada seorang-dua yang termakan tawaran itu. Masih ramai yang bersama Keadilan.

"Khairy tidak akan dapat beli kita orang!" kata salah seorang yang saya temui malam tadi. Dia nampak terus bersemangat. Baru habis tampal poster.

Abang Azmi, begitu saya panggil nama Azmi Mohd, ketua Keadilan kampung Jaya Setia membuat laporan polis semalam karena ada angkatan muda yang dipukul. Poster dan bendera yang dicantas. Jaya Setia bertahan. Sokongan meningkat.

Sharizat Abdul Jalil akan masuk ke kampung ini, hari ini, selepas semalam pagi, Khairy datang dengan kereta 4x4. Warna hitam. Ketika lalu di hadapan Bilik Gerakan Keadilan, dia melaung, "jangan harap nak menang!"

Kawan-kawan hendak membalas, tetapi kereta itu laju. Laju sangat-sangat.

Saya akan meronda hampir setiap malam di banyak kampung. Bertemu dengan setiap yang termampu saya temui dan berbicara. Melihat danmembantu mereka menampal poster dan bendera. Beruntung Keadilan, karena, warna bendera lebih menonjol daripada warna bendera BN yang gelap.

Khairy boleh melaung-melalak konon berpuluh ahli AMK masuk Umno, dan duit ditabur-tabur. Satu-dua memang akan terpesona (atau pura-pura terpesona dan mengambil wang), tetapi Khairy wajib menunggu sampai hari mengundi, bagi kita lihat, mana lebih berkuasa, antara wang, dan semangat orang kampung dan rakyat.

Lima puluh AMK yang masuk Umno itu, hanya maya Khairy semata-mata...

Hasmi Hashim,
Batang Berjuntai.


[kembali ke halaman utama]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home