Tuesday, March 20, 2007

Malaysia: Sistem Buli Membuli*

OLEH Pengundimuar

DALAM buku cerita-cerita kesultanan Melayu lama, selalu ditonjolkan watak cerita di mana “siapa kuat menjadi raja atau ketua”. Perolahan cerita menjadikan seseorang ketua itu seorang yang zalim, berkuasa, mempunyai kekayaan, ramai kuncu-kuncunya, tinggi ilmu (silat atau sihir), garang atau salah satunya daripadanya.

Pada masa itu, yang kuat akan terus kaya-raya dan yang miskin akan terus papa-kedana. Sesiapa yang berkepentingan dan berpengaruh akan hidup senang dalam sistem tersebut.

Sistem seumpama berterusan atau kembali dalam era baru di Malaysia. Sistem itu saya lihat dari peringkat yang kecil hingga peringkat sebuah kerajaan yang memerintah. Tentu sekali sangat terperinci sekiranya dapat saya huraikan di sini.

“Kita” semua dengan tiada pilihan akan masuk dalam dua kumpulan besar dalam setiap peringkat penyelesaian masalah harian iaitu kumpulan “membuli” atau “dibuli”. Tentu semua akan berlumba untuk membuli dan tiada siapa yang hendak menjadi mangsa dibuli.

Di masa ini ukuran kekayaan, kekuatan, kegarangan, kekuasaan, kepandaian dan pengaruh mengambil peranan meletakkan kita di dalam golongan mana. Tentu sekiranya kita dalam kumpulan “membuli,” kita rasa selesa. Bagaimana jika kita di kumpulan satu lagi, kita akan rasa tertindas. Masalahnya sistem ini terus berkembang adalah kerana terdapat mereka yang berkeuntungan dalam sistem ini walaupun sebahagian besarnya tersepit dalam keadaan.

Contoh yang paling kecil, anda berada di kunter pertanyaan di mana-mana berasaskan perkhidmatan yang mempunyai “kepentingan.” Bukan hanya faktor interaksi dua manusia sahaja berlaku tetapi faktor di belakang itu yang memudahkan urusan. Sedar ataupun tidak kita dilayan mengikut peringkat demi peringkat. Yang paling asas, siapa yang paling garang dan muka paling masam.

Kaunter atau pelangan, menentukan pemenang dalam perkara tersebut. Itu belum termasuk dialog pelangan, “saya kenal boss awak!” atau “awak kenal saya siapakan!?” Dialog seumpananya akan menentukan tahap kecairan sistem tertentu dalam penyelesaikan sesuatu masalah. Sistem ini dibawa hingga semua pengguna kenderaan dikena bayara tol setiap kali menggunakan jalan-jalan terpilih. Mereka juga dibuli di mana kepongan tol di mana-mana memerlukan mereka terpaksa menerima ini sebahagian dari sistem yang ada.

Mari kita tukar sistem dan kerajaan yang ada...

(Soalan: Apa pandangan saudara Hasmi dalam perkara ini? Saya mendoakan AMK akan terus subur dalam pusingan ke-dua reformasi era baru ini.)

*Tulisan ini pada asalnya adalah komen penulis, Pengundimuar, dalam posting bertarikh 20 Mac 2007.

[kembali ke halaman utama]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home